Bagaimana Saya Nak Tahu Produk Saya Boleh Dijual Di Google?

Senang je

Anda boleh pergi ke trends,google.com

Sila taip permasalahan yang boleh diselesaikan oleh produk anda

Sebagai contoh "sakit belakang"


Anda boleh melihat bagaimana permintaan untuk menyelesaikan sebarang permasalahan di sini di paparkan dalam bentuk graf.


Anda boleh memilih untuk melihat trend permintaan tahun-tahun yang lepas atau minggu lepas


Sebagai contoh yang dapat saya kongsikan di sini

.

Apakah anda telah nampak permintaan kepada produk anda ?




Apakah anda telah nampak di kawasan mana permintaan amat tinggi  ?




Apakah anda telah nampak PRODUK untuk permintaan yang perlu anda penuhi?



Inilah dia namanya kaedah PULL-MARKETING (menjemput pelanggan - marilah ke kedai saya :) )
seperti orang mengantuk disorongkan bantal

Agak berbeza dengan kaedah pengiklanan di facebook (approach marketing)
dimana iklan anda akan ditayangkan seperti billboard di tepi highway.

Hanya orang yang berminat sahaja AKAN MAHU berinteraksi dengan admin page fb
melalui iklan yang lalu di newsfeed fb pelanggan.


.

Manakala di google


.

Iklan hanya dipaparkan kepada orang yang sedang mencari penyelesaian kepada masalah mereka
berdasarkan kata kunci yang mereka taip di ruangan kotak SEARCH tersebut.

.
Secara mudahnya mereka akan bertanya "Apakah tuan menjual produk untuk sakit belakang saya?"

.
Mudah bukan
.

Ya, betul jawapan anda , seperti orang mengantuk di sorongkan bantal.

Apakah anda perlu memaksa mereka masuk ke kedai anda untuk membeli?

jawapannya TIDAK


Mereka sendiri akan datang ke kedai anda.


Dalam erti kata lain kedai anda ialah website atau blog.



.

Apakah Itu Google Marketing?

Google Marketing atau dengan kata lainnya (SEM) Search Engine Marketing merupakan satu kaedah pemasaran yang disediakan oleh Google sendiri untuk membantu usahawan memasarkan produk atau servis yang di cari oleh pengguna/pelanggan melalui kotak carian SEARCH.


Ini bermaksud sesiapa yang menggunakan kaedah SEM untuk menyediakan solusi kepada masalah yang di hadapi oleh kebanyakan pengguna akan terus disalurkan kepada pengguna secara paparan on the spot.


Samada paparan iklan di skrin telefon atau skrin di komputer.


Jom saya bawa anda memahami bagaimana flow carian seseorang pelanggan supaya membeli terus di web atau blog anda.



Saya beri contoh seperti gambar dibawah.




Dimanakah anda akan klik sekiranya anda sedang mencari ubat sakit belakang?

Saya akan beri jawapannya.



Anda akan klik di link di atas sekali bukan ?

Ya, tepat sekali.


Begitulah setiap kali yang akan pelanggan lakukan untuk mencari sebarang penyelesaian situasi yang mereka hadapi samada anda mahu membuat sebarang pembelian atau mencari jawapan.


Agak sukar anda hendak mencari jawapan kepada situasi anda di facebook.
Paling kurang pun anda mencari jawapan dengan bertanya kepada kenalan rapat anda samada di rumah pejabat atau jiran tetangga.


Apa yang ingin saya sampaikan disini?

Apakah anda perasan?

Apa yang tertera di dalam gambar di link pertama di atas?


Ya. Anda terlihat perkataan Ad dimana itulah perkhidmatan IKLAN berbayar yang disediakan oleh Google untuk memaparkan produk atau perkhidmatan yang anda sediakan berdasarkan carian oleh pengguna yang TARGETED.


Dimana kelebihan iklan berbayar yang di sediakan oleh Google akan membuatkan iklan anda terletak diatas sekali melangkaui kaedah blog / web biasa yang tidak berbayar.


Orang yang tidak mempunyai situasi sakit belakang, tidak akan menaip perkataan ubat sakit belakang di kotak carian tersebut.


Hanya orang yang mempunyai situasi sakit belakang sahaja akan mencari jawapan bagi penyelesaiaan situasi yang mereka hadapi.










Persoalan penting


Apakah anda mahu meneruskan carian sehingga di page seterusnya seperti dibawah?




Saya tolong jawabkan bagi pihak anda. 

Amat sukar anda mahu meneruskan carian sehingga habis page yang tersenarai 1-10 .. kan :)



(cukup untuk pengenalan pertama, sesi akan bersambung di posting seterusnya)