Apakah Itu Google Marketing?

Google Marketing atau dengan kata lainnya (SEM) Search Engine Marketing merupakan satu kaedah pemasaran yang disediakan oleh Google sendiri untuk membantu usahawan memasarkan produk atau servis yang di cari oleh pengguna/pelanggan melalui kotak carian SEARCH.


Ini bermaksud sesiapa yang menggunakan kaedah SEM untuk menyediakan solusi kepada masalah yang di hadapi oleh kebanyakan pengguna akan terus disalurkan kepada pengguna secara paparan on the spot.


Samada paparan iklan di skrin telefon atau skrin di komputer.


Jom saya bawa anda memahami bagaimana flow carian seseorang pelanggan supaya membeli terus di web atau blog anda.



Saya beri contoh seperti gambar dibawah.




Dimanakah anda akan klik sekiranya anda sedang mencari ubat sakit belakang?

Saya akan beri jawapannya.



Anda akan klik di link di atas sekali bukan ?

Ya, tepat sekali.


Begitulah setiap kali yang akan pelanggan lakukan untuk mencari sebarang penyelesaian situasi yang mereka hadapi samada anda mahu membuat sebarang pembelian atau mencari jawapan.


Agak sukar anda hendak mencari jawapan kepada situasi anda di facebook.
Paling kurang pun anda mencari jawapan dengan bertanya kepada kenalan rapat anda samada di rumah pejabat atau jiran tetangga.


Apa yang ingin saya sampaikan disini?

Apakah anda perasan?

Apa yang tertera di dalam gambar di link pertama di atas?


Ya. Anda terlihat perkataan Ad dimana itulah perkhidmatan IKLAN berbayar yang disediakan oleh Google untuk memaparkan produk atau perkhidmatan yang anda sediakan berdasarkan carian oleh pengguna yang TARGETED.


Dimana kelebihan iklan berbayar yang di sediakan oleh Google akan membuatkan iklan anda terletak diatas sekali melangkaui kaedah blog / web biasa yang tidak berbayar.


Orang yang tidak mempunyai situasi sakit belakang, tidak akan menaip perkataan ubat sakit belakang di kotak carian tersebut.


Hanya orang yang mempunyai situasi sakit belakang sahaja akan mencari jawapan bagi penyelesaiaan situasi yang mereka hadapi.










Persoalan penting


Apakah anda mahu meneruskan carian sehingga di page seterusnya seperti dibawah?




Saya tolong jawabkan bagi pihak anda. 

Amat sukar anda mahu meneruskan carian sehingga habis page yang tersenarai 1-10 .. kan :)



(cukup untuk pengenalan pertama, sesi akan bersambung di posting seterusnya)